jutaan ucapan maaf aku dahulukan kerana lama tak mengupdate blog ni... sesungguhnya semangat aku telah di bawa pergi bersama sekujur jasad yang sangat aku sanjungi... yang menjadi ubat ketika aku marah, ketika kecewa, ketika putus asa... berita yg aku trima pada pagi 2hb april itulah yang telah melayangkan semangat aku... begitu payah menerima hakikat insan yang aku selalu nantikan celotehnya, lawaknya telah pergi selamanya... menghadap ilahi... tiada lagi ubatku pada setiap pagi hari... walaupun aku hanya mengenalinya di radio, tetapi jasanya menghiburkan insan sebatang kara seperti aku ini yang hidup sendirian tanpa keluarga amat besar nilainya... dia membuat aku bersemangat bangun awal setiap hari untuk memulakan hari aku... memberi aku perangsang untuk bekerja lebih kuat setiap hari... namun kini semua itu telah tiada... termenung & terpikir seketika, siapalah lagi yang akan menyenangkan hatiku bila aku dalam masalah, siapakah yang akan menjadi sumber semangatku pada setiap pagi memulakan hari yang aku lalui bersendirian ini... tapi inilah ketentuan ALLAH swt... yang hidup harus terus hidup dan berusaha menjadi yang terbaik... hingga sampai masanya kita juga akan dijemput-NYA...
DIN BERAMBOI, TERIMA KASIH KERANA MENJADI SUMBER KEKUATAN KU SELAMA HAMPIR 2 TAHUN INI... SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATIMU ATAS JASA2MU... AL-FATIHAH UNTUK MIOR AHMAD FUAD MIOR BADRI... (credit to era fm for the video)